TERMA DAN SYARAT PERADUAN

PERADUAN COLGATE "TABUNG BANTUAN PENDIDIKAN"

  1. Peraduan Colgate “Kempen Tabung Pendidikan” ["Kempen"] ini dianjurkan oleh Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn Bhd [“Penganjur"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. [“Peserta”] yang mempunyai anak berumur 6 ke 17 tahun pada tahun 2018 dan bersekolah (kerajaan/agama) di Malaysia sahaja.
  2. Wakil, kakitangan, pekerja, ejen pembekal khidmat, pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya], serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri] dan individu-individu yang mempunyai hubung kait dengan penganjur secara langsung tidak layak menyertai Kempen ini.
  3. Kempen ini berlangsung mulai 01 Oktober 2018, jam 0:00:00 hingga ke 31 Disember 2018, jam 23:59:59 ["Tempoh Kempen"]. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Kempen pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas 31 Disember 2018 akan dibatalkan.
  4. Pembiayaan Tabung Bantuan Pendidikan terdiri daripada berikut:

    • Pembiayaan Utama – RM10,000 pembiayaan pendidikan x 5 Peserta (jumlah pemenang peraduan) + peralatan sekolah bernilai RM200 + produk Colgate

      i. RM10,000 x 1 Peserta untuk bulan Oktober 2018
      ii. RM10,000 x 2 Peserta untuk bulan November 2018
      iii. RM10,000 x 2 Peserta untuk bulan Disember 2018

    Nilai RM10,000 adalah hanya untuk kegunaan pembiayaan buku teks/rujukan, baju sekolah, pembiayaan tuisyen dan pembelian alat elektronik (seperti komputer, komputer riba) untuk anak yang dicalonkan sahaja. Pembelian alat elektronik hanya terhad kepada RM3,000 sahaja.

    • Pembiayaan Sagu Hati – Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 1000 Peserta (jumlah pemenang peraduan)

      i. Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 200 Peserta untuk bulan Oktober 2018
      ii. Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 400 Peserta untuk bulan November 2018
      iii. Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 400 Peserta untuk bulan Disember 2018

    • Pakej OSEM untuk langganan 14 hari bernilai RM34 boleh didapati di setiap pek Colgate yang memaparkan imej Kempen [“Pek Peraduan Tunggal/Kembar”]. Ikuti cara muat turun aplikasi OSEM yang tertera di atas pek produk Colgate yang mengambil bahagian. Kod pengaktifan akan diberikan kepada peserta di dalam balasan mesej penyertaan (selepas pengesahan resit pembelian).

Cara Penyertaan

  1. Peserta dikehendaki mendapatkan / membeli produk Colgate seperti di bawah:
    75g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
    75g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
    100g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
    100g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
    175g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
    175g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
    175g Maximum Cavity Protection Icy Cool Mint
    250g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
    250g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
    250g Maximum Cavity Protection Icy Cool Mint
    250g x 2 Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
    250g x 2 Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
    160g Sugar Acid Neutraliser Cool Mint
    225g Sugar Acid Neutraliser Cool Mint
    225g Sugar Acid Neutraliser Whitening
    225g x 2 Sugar Acid Neutraliser Cool Mint
    225g x 2 Sugar Acid Neutraliser Whitening
    175g Kayu Sugi 175g
    175g Kayu Sugi 175g Whitening
    175g x 2 Kayu Sugi 175g
    175g x 2 Kayu Sugi 175g Whitening

    * Pek Kembar = 2 penyertaan

  2. Peserta boleh menyertai Kempen ini melalui Cara Penyertaan di bawah:

    Cara Penyertaan – Melalui aplikasi WhatsApp / MMS

    • Langkah 1: Beli pek Colgate [“Pek Peraduan Tunggal/Kembar”] di kedai, pasaraya dan pasaraya yang mengambil bahagian.
    • Langkah 2: Ambil gambar resit pembelian (dengan jelas dan penuh)
    • Langkah 3: Taipkan mesej berikut 1) Nama Ibu Bapa / Penjaga 2) Umur Anak untuk Kempen ini 3) Nombor Resit. Hantar mesej dan gambar resit ke nombor berikut; 011 1012 2989
  3. Peserta akan menerima balasan pengesahan penyertaan dalam tempoh masa 72 jam(pada hari bekerja).
  4. Peserta perlu menunjukkan RESIT ASAL yang digunakan di dalam penyertaan sebagai bukti penyertaaan semasa penebusan hadiah.
  5. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit pembelian (produk Colgate yang mengambil bahagian) yang baharu.
  6. Setiap SATU (1) pembelian Pek Peraduan Tunggal produk Colgate layak untuk SATU (1) penyertaan peraduan. Setiap SATU (1) pembelian Pek Peraduan Kembar produk Colgate layak untuk DUA (2) penyertaan peraduan.

Fasa Pemilihan

  1. Proses pemilihan peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati dibahagikan kepada tiga (3) Bulan seperti yang diterangkan di bawah.
    BULAN 1 (1 – 31 Oktober 2018) • Pembiayaan Utama x 1 Peserta
    • Pembiayaan Sagu Hati x 200 Peserta
    BULAN 2 (1 – 30 November 2018) • Pembiayaan Utama x 2 Peserta
    • Pembiayaan Sagu Hati x 400 Peserta
    BULAN 1 (1 – 31 Disember 2018) • Pembiayaan Utama x 2 Peserta
    • Pembiayaan Sagu Hati x 400 Peserta
  2. Setiap Peserta yang memenuhi kriteria penyertaan akan layak secara automatik di dalam Bulan penyertaan mengikuti tarikh resit pembelian. Seperti contoh, resit pembelian bulan Oktober hanya layak untuk bulan Oktober dan tidak lagi sah untuk bulan November atau bulan Disember. Peserta yang tidak dipilih untuk bulan Oktober / November digalakkan untuk menyertai sekali lagi di bulan penyertaan yang seterusnya.
  3. Peserta akan disenarai pendek setiap bulan (di dalam bulan peraduan). Peserta tersebut akan menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk menjawab soalan-soalan kelayakkan pemilihan peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati.

Pemenangan

  1. Peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati akan dimaklumkan melalui laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com
  2. Jika peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati tidak dapat dihubungi oleh Penganjur, notifikasi yang disiarkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh peserta yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Penganjur.
  3. Tabung Bantuan Pendidikan a) Pembiayaan Utama boleh ditebus dengan resit pembelajaraan tuisyen / kelas tambahan yang sah yang bertarikh dalam lingkungan satu (1) tahun dari tarikh pengumuman pemenang. Penebusan atau tuntutan selepas tempoh ini adalah tidak sah dan terbatal. Penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan / tuntutan.
  4. Risiko penebusan Tabungan Pendidikan adalah di bawah tanggungan peserta. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penebusan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta sendiri.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang gagal mengikut prosedur penebusan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis yang di luar jangkaan Penganjur.
  6. Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga bagi tujuan mengendalikan proses pengesahan para peserta.
  7. Penganjur berhak mengenakan syarat-syarat tambahan berkenaan penebusan pembiayaan.

Hak Penganjur

  1. Keputusan pengadilan / Penganjur adalah muktamad, terikat, berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur dan tidak boleh dipertikaikan.
  2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kesilapan (termasuk kesilapan makluman pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, pindaan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau tertunda, sama ada timbul semasa operasi atau transmisi atau sebaliknya disebabkan oleh fungsi server, virus, pepijat atau sebab-sebab lain yang di luar kawalannya.
  3. Kempen ini disediakan mengikut keadaan “sedia ada”. Penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain daripada kecuaian tunggal Penganjur. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.
  4. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam kempen / peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
  5. Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
  6. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Kempen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para Peserta terikat kepada perubahan tersebut.
  7. Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Kempen ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Kempen

  1. Segala syarat dan kaedah penyertaan yang dinyatakan di laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com juga terikat kepada semua Peserta.
  2. Sekiranya terdapat percanggahan Terma dan Syarat ini dengan apa-apa yang terkandung dalam bahan promosi Kempen ini, terma dan syarat yang terkandung dalam laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com akan diguna pakai.
  3. Kempen ini disediakan mengikut keadaan “sedia ada”. Penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain daripada kecuaian tunggal Penganjur. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.
  4. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd dan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.

Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-

  1. Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada borang penyertaan Peraduan;
  2. Data peribadi Individu dikumpul untuk Peraduan Colgate “Kempen Tabung Pendidikan” [“Kempen”];
  3. Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;
  4. Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Program sahaja;
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
  8. Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian 03 7802 8928 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (kecuali cuti negeri atau cuti umum).